Unit dan organisasi Tentera_Darat_Malaysia

Tentera Darat Malaysia disusun mengikut kumpulan-kumpulan tertentu sesuai dengan peranan yang dimainkan oleh unit-unit yang terlibat.

Peranan perintah ditugaskan kepada Markas Tentera Darat yang bertanggungjawab ke atas perancangan, pentadbiran dan pengurusan Tentera Darat secara keseluruhan. Tentera Darat Malaysia diterajui oleh Panglima Tentera Darat yang berpangkat Jeneral. Beliau dibantu oleh pegawai-pegawai kanan seperti Pengarah Perisikan, dan juga oleh pengarah-pegarah rejimen dan kor. Beliau bertanggungjawab menasihat Panglima Angkatan Tentera mengenai perkara-perkara keselamatan dan perihal kesediaan Tentera Darat.

Batalion infantri disusunkan melaui kelengkapan dan latihannya menjadi salah satu daripada

  • kebanyakan batalion di dalam tentera Darat Malaysia disusun menjadi Batalion Infantri Standard. Pasukan infantri standard bergerak ke medan tempur sama ada dengan berjalan kaki (infantri) ataupun dengan menggunakan lori tentera, ataupun kemudahan pengangkutan yang lain. Pasukan infantri standard dilengkapkan dengan raifel tempur peribadi, dan dikumpulan mengikut kumpulan tempur Seksyen, Platun, Kompeni dan Batalion. Anggota infantri bersenjatakan raifel tempur akan dibantu oleh anggota-anggota kumpulan senjata bantuan seperti LMG, GPMG, Mortar dan roket penangkis kereta kebal.
  • Batalion Infantri Para iaitu melakukan penggerakan menggunakan payung terjun untuk masuk ke medan pertempuran. Apabila mendarat, mereka beroperasi seperti pasukan infantri biasa. Oleh kerana mereka bergerak menggunakan pesawat uadara, dan had muatan berat amat terhad, Batalion Infantri Para mempunyai kelengkapan tempur ringan sahaja dan tidak mempunyai bantuan kelengkapan berat. Oleh kerana tugas mereka melibatkan mereka terjun memasuki medan tempur di dalam kawasan operasi yang berada di dalam kawalan pihak musuh, anggota Batalion Infantri Para perlu mempunyai kekuatan mental yang kental dan tahap kecergasan fizikal yang amat tinggi. 'Airborne" menjadi teriakan kebanggaan pasukan Infantri Para.
  • Batalion Infantri Mekanis menjalankan operasi menggunakan kenderaan tempur (berperisai). batalion mekanis bergerak sebagai sebahagian daripada kumpulan gabungan tempur (combined arms) dan mencari, mendekati dan memusnahkan musuh menggunakan kenderaan berperisai. Apabila bertempur, infantri mekanis akan keluar daripada kenderaan perisai mereka dan bertempur seperti infantri biasa. Kenderaan perisai yang mengangkut infantri mekanis menggunakan kelengkapan senjata seperti mesingan dan meriam 20mm untuk memberikan bantuan tembakan terus.
  • Batalion Infantri Istiadat mempunyai peranan yang sama seperti batalion infantri standard. Tetapi semasa aman diberikan tugas utamanya adalah mengadakan kawalan kehormatan yang merupakan satu kemegahan negara serta menyediakan anggota untuk kawalan di Istana Negara. Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu DiRaja adalah sebuah Batalion Infantri Istiadat.

Peranan tempur ditugaskan kepada formasi-formasi medan. Formasi tempur disusun mengikut saiz dan peranan. Pasukan Tentera Darat Malaysia boleh dikelaskan dalam 3 kumpulan mengikut peranan :

Pasukan Tentera Darat dikumpulkan dalam formasi tertentu untuk membolehkan fungsi perintah dan kawalan dibuat dengan berkesan. Formasi ini mempunyai peranan tertentu dan mempunyai kawasan operasi yang ditetapkan supaya tidak terdapat sebarang pertindihan kawasan operasi yang boleh mengakibatkan kekeliruan dan kemalangan.

Diketuai Panglima berpangkat Leftenan Jeneral dan mempuyai elemen tempur sebanyak 4 divisyen dan dibantu oleh elemen-elemen bantuan seperti Artileri, Semboyan, Polis Tentera, Askar Jurutera dan sebagainya. Markas Medan merupakan formasi tempur paling besar di dalam Tentera Darat Malaysia ketika ini.Pada masa ini Tentera Darat Malaysia mempunyai 1 Markas Medan yang bertanggungjawab untuk pertahanan darat di Semenanjung Malaysia dan di Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak). Markas Medan pula dipecahkan kepada 2 bahagian iaitu Markas Pemerintahan Medan Barat untuk Kawasan Semenanjung Malaysia dan Markas Pemerintahan Medan Timur untuk Sabah dan Sarawak.Unit tempur divisyen merupakan pasukan tempur kedua paling besar di dalam Tentera Darat Malaysia. Divisyen biasanya mempunyai anggota antara 10,000 sehingga 20,000 orang mengikut peranan dan kelengkapan yang dibekalkan. Divisyen di dalam Tentera Darat Malaysia adalah dari jenis Divisyen Infantri yang mana sebilangan besar anggotanya terdiri dariapda pasukan infantri.Divisyen biasanya mempunyai kekuatan 3 briged tempur dan disokong oleh pasukan bantuan tempur seperti Artileri, Semboyan, Polis Tentera, Askar Jurutera dan juga oleh pasukan bantuan seperti pasukan kesihatan, dan KAGAT.Dalam Tentera Darat Malaysia kini terdapat 5 buah Divisyen yang dikenali dengan nombor-nombor turutan - 1 Divisyen Infantri, 2 Divisyen Infantri, 3 Divisyen Infantri, 4 Divisyen Infantri dan 5 Divisyen Infantri. Biasanya, unit ini dipanggil dengan ringkasan 1 Div, 2 Div, 3 Div, 4 Div dan 5 Div sahaja.3 Div telah dirancangkan untuk diubahkan menjadi pasukan 'combined arms" yang mempunyai unit infantri, mekanis, armor dan pasukan udara.Briged adalah satu formasi tempur di dalam Tentera Darat Malaysia, dan biasanya mempunyai kekuatan 3 batalion ataupun rejimen. Kadangkala bilangan battalion diubah menjadi empat battalion ataupun dua battalion mengikut keperluan taktikal.Sesuatu Briged akan mempunyai elemen bantuan seperti 1 x bateri artileri, 1 x skuadron semboyan, 1 x kompeni polis tentera, 1 x platun risik, 1 x skuadron askar jurutera, dan 1 x Detasmen Bantuan Ringan Kor Jurutera Letrik Dan Jentera.Batalion adalah satu pasukan tentera yang mempunyai dua hingga enam Kompeni. Biasanya batalion diperintah oleh seorang Leftenan Kolonel. Batalion mempunyai kekuatan anggota lebih kurang 720 anggota, walaupun bilangan anggota berubah mengikut peranan dan kelengkapan unit tersebut. Di dalam Tentera Darat Malaysia, batalion digunakan untuk panggilan unit-unit di dalam pasukan-pasukan infantri Rejimen Askar Melayu DiRaja dan Rejimen Renjer DiRaja, dan juga untuk Pasukan Kor Kesihatan DiRaja dan Kor Risik DiRaja juga dikumpulkan mengikut battalion. Lain-lain kor menggunakan panggilan Rejimen dan bukannya batalion.Dalam Tentera Darat Malaysia, Batalion-Batalion Infantri mempunyai tiga kompeni infantri dan disokong oleh sebuah Kompeni Markas dan sebuah Kompeni Bantuan. Setiap Kompeni mempunyai tiga Platun dan disokong oleh satu elemen Kompeni Markas (Perintah). Satu Kompeni biasanya diperintah oleh Seorang Mejar ataupun Kapten. Kompeni Markas juga mempunyai Sarjan Mejar Kompeni untuk membantu Ketua Kompeni dalam urusan pentadbiran.Kompeni Bantuan dilengkapkan dengan peralatan senjata yang lebih berat seperti mesingan, mortar dan penangkis kereta kebal. Kompeni Bantuan juga mempunyai anggota-anggota dengan kepakaran tertentu seperti peninjau, penembak tepat dan perisik medan. Rejimen Artileri mengunakan terma Bateri dan Rejimen Semboyan, Jurutera, Armor dan Grup Gerak Khas menggunakan terma Skuadron untuk pasukan-pasukan tahap kompeni di dalam organisasi mereka.Platun dalam Tentera Darat Malaysia biasanya dianggotai oleh 34 orang anggota, dan dibahagikan menjadi 4 Seksyen, di mana setiap seksyen mempunyai 8 orang anggota. Salah satu daripada 4 seksyen di dalam platun akan dijadikan Seksyen Markas dan mengambil peranan memberi perintah kepada keseluruhan platun. Ketua platun biasanya seorang Leftenan ataupun Leftenan Muda dan dibantu oleh Sarjan Platun. Jika platun dipecahkan, Sarjan Platun akan mengambil perintah salah satu daripada pasukan yang dipecahkan tadi.Seksyen Tempur Infantri adalah pasukan tempur paling kecil dalam Tentera Darat Malaysia. Seksyen dianggotai 8 orang anggota diketuai oleh seorang Sarjan ataupun Koperal. Seksyen boleh dibahagikan kepada dua pasukan tempur kecil (tim penyerang) dengan Ketua Seksyen mengetuai pasukan 4 anggota dan Pembantu Ketua Seksyen mengetuai baki 4 orang anggota lagi. Anggota Seksyen dilengkapi dengan raifal tempur dan dua buah mesingan jenis LMG dengan dua pelancar grened/grenade launcher.

Kekuatan Tentera Darat Malaysia

Barisan anggota Tentera Darat semasa perbarisan

Tentera Darat Malaysia kini mempunyai kelengkapan dan kekuatan seperti berikut :

Anggota Tetap (Regular) : 100,000 orang, Pasukan Simpanan Tentera Darat : 300,000 orang

Pada masa ini Tentera Darat mempunyai 5 Divisyen Infantri Tempur di bawah pemerintahan Markas Medan Tentera Darat. Formasi Tentera Darat disusun menjadi pasukan seperti berikut :

Markas Pemerintahan Medan Barat:-

3 Divisyen Infantri (2 Div, 3 Div dan 4 Div) di Semenanjung

  • Markas 2 Divisyen Infantri, Kem Tun Razak, Bukit Gedong, Pulau Pinang
  • Markas 3 Divisyen Infantri, Kem Terendak, Melaka
  • Markas 4 Divisyen Infantri, Kem Wardieburn, Kuala Lumpur

Markas Pemerintahan Medan Timur:-

2 Divisyen Infantri (1 Div dan 5 Div) di Sabah dan Sarawak

  • Markas 1 Divisyen Infantri, Kem Bukavu Satok, Kuching
  • Markas 5 Divisyen Infantri, Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu.

Divisyen Infantri ditubuhkan dariapda 10 buah Briged Infantri dan 1 Briged Mekanis. 1 Briged Para dan 1 Grup Gerak Khas (Briged) diletakkan di bawah naungan dan perintah Markas Tentera Darat. Divisyen 3 (3 Div) kini dalam proses pengubahsuaian menjadi satu pasukan unit menyeluruh (Combined arms) dengan unit-unit tempur infantri, armor, artileri dan pasukan udara.

Unit-unit Tentera Darat Malaysia mempunyai kekuatan berikut :

  • 26 Batalion Infantri Standard
  • 4 Batalion Infantri Ringan (Light Infantry)
  • 3 Batalion Infantri Para
  • 4 Batalion Infantri Mekanis
  • 1 Batalion Infantri Bantuan
  • 5 Rejimen Armor (4 Rejimen IFV, 1 Rejimen Kereta Kebal CVR(T) dan 1 Skuadron Para)
  • 16 Rejimen Artileri (4 Rejimen Pertahanan Udara, 2 Rejimen MLRS, 1 Rejimen Artileri Para dan 9 Rejimen Artileri Medan)
  • 3 Rejimen Gerak Khas
  • Batalion Serangan Udara (Air Assault) dalam perancangan penubuhan
  • 10 Batalion Rejimen Sempadan.

Rejimen Askar Wataniah mempunyai 16 Rejimen Infantri (Siri 500) dengan setiap Rejimen mempunyai 3 Batalion Infantri. Anggota Simpanan Rejimen Askar Wataniah berjumlah 50,000 orang diletakkan dalam 60 batalion (Rejimen Askar Wataniah).